Sunday, January 25, 2009

PERJUMPAAN PENSYARAH STE DAN PELAJAR STE

22 Januari 2009, Khamis – Perjumpaan antara pensyarah dan pelajar STE diadakan pada pukul 10.00 pagi bertempat di Dewan Syarahan, KKBD. Semua pelajar diwajibkan untuk hadir dan kedatangan pelajar akan diambil semasa perjumpaan tersebut. Manakala kelas untuk pengajaran dan pembelajaran ditangguhkan sementara waktu. Tujuan utama perjumpaan tersebut diadakan ialah untuk memastikan setiap pelajar STE mengenali pensyarah-pensyarah STE yang terdapat di KKBD disamping dapat memupuk hubungan yang lebih mesra antara pelajar – pelajar bagi semua semester. Selain itu juga perlantikan AJK juga dijalankan untuk memilih wakil-wakil setiap kelas dan pemilihan ini dilakukan oleh pelajar sendiri dan dibantu oleh pensyarah kelas masing-masing kerana pensyarah kelas saja yang dapat mengenali pelajar-pelajarnya.

Para pelajar mendengar taklimat

Sesi soal jawab

Tuesday, January 20, 2009

MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR SEMESTER 2 DAN SEMESTER 4

13 Januari 2009 sehingga 15 Januari 2009, Selasa hingga Khamis – Minggu Silaturrahim pelajar semester 2 dan 4 diadakan bertempat di Surau Pantai Halban. Aktiviti ini bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Pelajar bagi kedua-dua semester digabungkan sekali dalam semua aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan pada 14 Januari 2009 ialah ceramah bertajuk halatuju pelajar yang disampaikan oleh Tn Hj Zulkifli Zain dan En Saifuddin. Manakala slot seterusnya ialah Taklimat ISO yang disampaikan oleh penyelaras ISO Sijil Teknologi Elektrik. Pada 15 Januari 2009 (Khamis) berlangsung taklimat Disiplin bersama Pegawai Disiplin STE yang disampaikan oleh En Mohd Irwan bin Mustafa Kamal Basha. Seterusnya pada pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari berlangsung taklimat dan aktiviti 5S. Pelajar dibahagikan mengikut semester dan kelas. Bagi pelajar semester 2 taklimat berlangsung di Bengkel Pemasangan Elektrik (PE) manakala pelajar semester 4B dan 4C di Bengkel Teknologi Elektrik (TE) dan Bengkel Elektrik dan Elektronik (EE1) untuk pelajar semester 4A.



Gambar 1: Pelajar-pelajar baharu mendengar taklimat

Thursday, January 1, 2009

Pengenalan Program Sijil Teknologi Elektrik (STE)

Pengenalan Kursus

Kursus Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) menawarkan pengetahuan teori dan amali dalam bidang teknologi elektrik kuasa, elektronik, kawalan motor dan komputer. Kurikulum kursus ini meliputi gabungan modul-modul dalam bidang elektrik, elektronik, kawalan motor dan juga komputer. Silibus kursus ini merangkumi kaedah penjanaan bekalan elektrik, pengendalian dan kawalan mesin elektrik, pemasangan dan pendawaian elektrik, penyenggaraan alatan domestik dan sistem penggera. Selain itu, modul-modul elektronik merangkumi asas elektronik, sistem berdigit dan penyenggaraan peralatan elektronik. Manakala modul-modul komputer terdiri daripada aplikasi komputer dan perisian Autocad. Latihan yang disediakan akan menambahkan kemahiran teknikal pelajar dan disesuaikan mengikut perubahan teknologi dari semasa ke semasa. Pembelajaran dan pengajaran dititikberatkan kepada kerja-kerja amali dan projek-projek berkaitan.

Objektif Unit

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

  • Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja.
  • Menjalankan kerja-kerja pemasangan domestik dan industri.
  • Menyenggara suatu sistem kawalan motor.
  • Mengaplikasikan teori elektronik dalam suatu sistem kawalan elektronik.
  • Menggunakan perisian Autocad untuk membuat lukisan kejuruteraan.

Senarai Nama Pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik (STE)


Carta Organisasi Program STE

Salam dari Moderator














Assalamualikum, dengan lafaz bismillah saya sebagai Moderator yang diamanahkan oleh Ketua Program STE (sijil Teknologi Elektrik) Kolej KomunitiBandar Darulaman, Pn Norzeti untuk menghasilkan laman blog unit STE ini bertujuan bagi membolehkan pelajar-pelajar memuat turun nota-nota yang berkaitan mata pelajaran STE di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Disamping itu juga para pelajar unit STE juga dapat ber"chatting" di blog ini. Blog ini juga akan di kemaskini mengikut program-program yang telah dianjurkan oleh unit STE serta pelajar-pelajar yang cemerlang dalam unit ini. Diharap semua pihak dari pensyarah serta pelajar dapat memberi pandangan positif tentang blog ini. Kerjasama dari semua kakitangan dan pelajar-pelajar STE amat saya hargai. Sekian, terima kasih.